Wednesday 5 March 2014

JENIS-JENIS PENSYARAH UITM

Pensyarah UiTM sebenarnya terdiri daripada beberapa jenis atau kelas. Ini bergantung kepada tawaran yang dibuat oleh universiti. Kampus utama UiTM terletak di Shah Alam dan kampus-kampus cawangan boleh didapati di kesemua negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Dalam sebuah negeri, bilangan kampus cawangan mungkin 2 atau tiga atau lebih.

Semakin lama, kampus UiTM berkembang dengan banyaknya. Pada tahun 2014 sahaja, ada tiga kampus baru yang dibuka iaitu UiTM Tapah, UiTM Seremban dan UiTM Jasin. Apabila berlaku pembukaan kampus baru, maka bilangan pelajar yang diambil adalah bertambah dan secara tidak langsung, tenaga pengajar yang diperlukan juga bertambah. Oleh itu, pekerja-pekerja baru diambil untuk menampung kekurangan pensyarah.

Terdapat tiga jenis pensyarah  di UiTM:

1) Pensyarah Tetap
    Pesnyarah tetap adalah pensyarah-pensyarah yang telah disahkan jawatan di dalam UiTM. Rata-rata pensyarah UiTM adalah berkelulusan sarjana. Walaubagaimanapun, mungkin masih ada lagi pensyarah yang berkelulusan ijazah (ambilan lama) yang sedang berkhidmat. Mereka menikmati gaji asas ( ~ RM 2000) elaun-elaun, kemudahan kesihatan dan sebagainya. Rata-rata daripada mereka adalah berpendapatan ~ RM 5000 - RM 6000 sebulan selepas ditambah kenaikan elaun tahunan. Dari segi umur pula, rata-rata adalah di awal 30-an ke 40-an.

2) Pensyarah Kontrak
Pensyarah kontrak mungkin terdiri daripada dua kumpulan kecil sama ada daripada pemegang biasiswa Tenaga Pensyarah Muda (TPM) UiTM atau pun daripada pensyarah yang telah lama berkhidmat dan dilantik ke jawatan kontrak. Bagi TPM, pensyarah kontrak yang dimaksudkan disini adalah tempoh percubaan sebelum disahkan jawatan ke tetap. Buat masa sekarang kelayakan minimum untuk menjadi pensyarah kontrak adalah sarjana (master). Apabila tempoh belajar telah tamat, TPM akan dipanggil untuk mengajar walaupun TPM tersebut masih belum menamatkan pengajiannya. Sebenarnya, masih ramai pensyarah UiTM yang telah berkhidmat, tetapi belum menghabiskan pengajian dalam bidang master. Mereka bernasib baik kerana dibayar mungkin berdasarkan kelayakan degree dan elaun-elaun yang sepatutnya dinikmati oleh staf-staf yang lain. Gaji permulaan termasuk elaun bagi TPM yang mendaftarkan diri adalah ~ RM 4300 ( dengan kelayakan master)

3. Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT)
Disesetengah tempat, ianya juga dikenali sebagai pensyarah pakej. Seperti yang dinyatakan diatas, setiap tahun, berlaku pertambahan bilangan pelajar ke UiTM disebabkan dasar-dasar politik yang ditetapkan. Kewujudan UiTM juga banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor politik. Dari satu sudut, kewujudan UiTM ini perlu untuk memajukan golongan bumiputera dan masyarakat kampong. Walaubagaimanapun, ianya juga menimbulkan kesan negatif yang memerlukan perhatian serius ahli akademik dan ahli politik. Pertamanya, bilangan pelajar yang diambil tidak bersesuaian dengan nisbah bilangan pelajar. Dengan kata lain bilangan pelajarnya lebih ramai daripada bilangan pensyarah tetap. Keduanya, kewujudan UiTM perlulah selaras dan seiring dengan kemudahan infrastukturnya. Dengan kata lain, bilangan pelajarnya sesuai dengan infrastruktur. Inilah yang menyebabkan UiTM perlu menggaji pensyarah-pensyarah untuk menampung kekurangan pensyarah yang mungkin juga serius bagi sesetengah bidang. Mungkin inilah idea asal kewujudan pensyarah PTFT dimana mereka hanya diperlukan sementara menunggu kepulangan TPM dan kontrak mereka adalah mengikut semester.

Perlu diingatkan juga, pensyarah PTFT tidak mempunyai sebarang gred malah tidak mempunyai slip gaji. Slip gaji /cetakan gaji bulanan hanya akan dibuat apabila diminta kepada bendahari. Gaji pensyarah PTFT ini adalah dibayar oleh UiTM. Berbeza dengan pensyarah tetap/kontrak, gaji mereka dibayar oleh kerajaan Malaysia. Sekiranya kerajaan mengumumkan bonus, bonus ini hanya dinikmati oleh staf tetap/kontrak sahaja. Oleh kerana UiTM adalah badan berkanun, mereka memilih untuk tidak membayar bonus kepada PTFT.

Sebenarnya, PTFT hanya mendapat gaji asas semata-mata. Sekiranya kelulusan seseorang ptft adalah ijazah sarjana muda, maka ia dibayar RM 1800 sebulan. Gaji ini akan ditolah dengan EPF, dan seseorang PTFT hanya akan mendapat gaji bersih RM 1600. Manakala bagi PTFT yang memohon dengan kelayakan sarjana (master) ia akan dibayar sebanyak RM 2300 sebulan. Apabila ditolak EPF, gaji bersih adalah sebanyak ~ RM 2000 sahaja.

Mereka tidak mendapat apa-apa keistimewaan atau apa-apa elaun. Sekiranya mereka sakit disebabkan penat mengajar (deman, dll), mereka tidak boleh menuntut daripada UiTM dan kos perubatan ditanggung sendiri. Dari segi bebanan kerja adalah hampir sama dengan pensyarah tetap. Walaupun banyak kekurangan pada PTFT, mereka terpaksa terima kerana kebanyakkan mereka memerlukan pekerjaan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Berikut merupakan ringkasan perbandingan antara pensyarah tetap, kontrak dan PTFT